Assalamualaikum wbr…
Salam pertemuan buat sekalian kalinya setelah lama tok menghilangkan diri buat seketika. Alhamdulillah, kini tok sudah BEBAS…..!!
Semester 3 2011/2012 sudah berakhir pada 12 Mei yang lepas. Semester terakhir tok di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya selama dua tahun. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, tok dan sahabat2 akan masuk pula ke kampus UIA Kuantan pada bulan 9 nanti. Doakan yang terbaik buat kami.
- Semester terbaik dalam travelog pendakian ilmu di cfsiium
Syukur kehadrat Illahi kerna pada sem ni tok dikurniakan dengan sahabat2 yang baik, rakan sebilik yang memahami dan banyak lagi. fyi, sem ni tok ambil subjek Biology II, Mathematic II, Basic Themes of Quran, English for Writing. 4 subjek sahaja tapi mencabar. Alhamdulillah, classmates tok ramai lelaki pada sem ni, hampir 90% lelaki yang mana datangnya dari kos farmasi dan juga medic. Lecturer pula sangat2 lah sporting dan berkaliber dalam pengajaran serta pembelajaran. Pendek kata, memang terbaik lah…!!
Exam pada sem ni pun agak baik berbanding sem2 lepas. Masa study week, tok selalu buat group discussion dengan sahabat2 lelaki yang lain tak seperti sem2 sebelumnya. Ternyata perubahan yang sangat ketara dalam konsep pemahaman ilmu. Sekalung penghargaan ikhlas dari tok buat sahabat2 sekalian terutamanya Anwar Ahmad, Muhd Khairuddin, Ahmad Hasif yang membenarkan tok lepak dan tidur di bilik korang sambil study sama2. Afiq Hassan, Muizzuddin juga banyak membantu dalam pelajaran. Semua yang terlibat tak kira direct or indirect.

May 18th, 2012
tok esah 